CLOCK

Loading...

JOM SEMBANG

free counters

Gadis Hanyut Angkara IbuBapa

BATU PAHAT: “Sejak kecil saya tidak pernah diberikan didikan agama oleh keluarga, malah sejadah di rumah kami boleh dianggap barang hiasan saja,” kata seorang remaja dikenali sebagai Lisa, 19, yang kini menjadi sebahagian daripada kumpulan perempuan yang menjadi habuan Mat Rempit dan terbabit dengan gejala sosial itu sejak berusia 15 tahun. Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, keluarganya memang orang berada dan tahu dia terbabit dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah dan seks bebas, tetapi tidak melakukan apa-apa termasuk menasihatinya. Dia yang keciciran sekolah berkata, keluarganya hanya buat tidak peduli setiap kali dia mengadu atau mendapatkan pandangan berkaitan sesuatu perkara berhubung masa depannya. “Kerana tiada perhatian maka saya terus menjadikan Mat Rempit, dadah serta minuman keras sebagai penghibur. Setiap kali berkenalan dengan lelaki saya pasti mahu mereka membimbing saya ke jalan benar. “Bagaimanapun, kesudahannya, saya hanya dijadikan objek pemuas nafsu,” katanya yang membuat pengakuan berani kepada wakil Harian Metro yang menemuinya di sini, baru-baru ini. Harian Metro

Koma dibakar angkara kekasih panas baran

KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal. Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur. Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama. Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit. Harian Metro

Isteri Kemaruk Hidup Mewah Sanggup Jadi Bini Hujung Minggu

JOHOR BAHRU: Kemaruk ingin hidup mewah menyebabkan segelintir wanita tempatan menggadai maruah melalui ‘pakej abang Singapura’ ditawarkan pelancong lelaki negara berkenaan yang bersedia memenuhi apa saja permintaan ‘gundik’ mereka termasuk menyediakan rumah dan kereta selain elaun ribuan ringgit setiap bulan. Kewujudan pakej maksiat itu didedahkan bekas kerani dikenali sebagai Rita, 28, hasil pengalamannya mendapatkan wang secara mudah dengan menjadi teman termasuk menyerahkan tubuh kepada lelaki hidung belang dari republik berkenaan setiap kali mereka berkunjung ke sini, terutama pada hujung minggu. Rita mendakwa pembabitannya dalam kegiatan itu bermula daripada perkenalan dengan seorang lelaki dari Singapura menerusi laman web sosial yang dikenali sebagai Sam yang juga kontraktor. Menurutnya, pada awalnya dia menganggap Sam rakan biasa, namun hubungan mereka semakin rapat hingga pada satu hari lelaki itu menawarkan pakej untuk dia memperoleh wang dengan mudah dan hidup mewah. “Sam yang sudah berkeluarga menyatakan dia mencari teman kerana kesunyian setiap kali berurusan di bandar raya ini pada setiap hujung minggu. sumber: mymetro

Tembak Perempuan Berzina

Seorang pegawai Afghanistan berkata anggota Taliban menembak mati seorang wanita yang dituduh berzina di hadapan orang ramai berhampiran Kabul. Dalam video tiga minit yang diperoleh oleh Reuters, kelihatan seorang lelaki berpakaian serban menghampiri seorang wanita melutut dan menembak lima kali pada jarak dekat dengan senjata automatik.

Sunday, July 22, 2012 Gadis nekad terlanjang bogel, bila teman lelakinya enggan jumpa

Kawasan budak perempuan ni telanjang telah mula panas. Kerana tindakannya yang langsung tak masuk akal, maka berduyun2lah jantan tanpa diundang berhenti disini untuk melihat secara percuma sesusuk tubuh gadis yang tanpa seurat benang pun. Nasib baik ada insan baik yang memberikan kain untuk menutup tubuhnya dari tatapan orang ramai. Ditanya oleh pihak polis kenapa dia berterlanjang bulat, jawapan minah bodoh ini ialah, “dia dikesini untuk berjumpa teman lelakinya, tetapi teman lelakinya enggan untuk berjumpa dengannya”. Ini macam spesis pun ada dalam dunia ni… nasib di siang hari kalau waktu malam dia buat kelaku gila bertelanjang macam ni… memang saja cari pasalah nampaknya.